Sunday, May 15, 2011

Sahabat Sejatiku....














Ingatlah sahabat…

Bunga itu menguntum indah,

Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah, 
Serpih demi serpih ia punah, 
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.


Sahabatku…

Engkau bukan layu seperti bunga,

Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.


Sahabatku.. 

Disini uda dan dara telah berkubur,

Kita bina atasnya jihad yang subur.


Ingatlah sahabat…

Bumi kita bumi yang payah,

Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah, 
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.


Sahabatku…

Semalam telah layu sekuntum bunga,

Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.


Ingatlah sahabatku.. 

Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,

Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.


Senyumlah sahabat..

Senyumlah dan serilah wajah, 

Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.


_________________

jadilah sahabat yang baik… 

Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Binalah nilai seorg sahabat yg baik..


Kenangan Bersama NAd Time Bakoo Ayam..





Kawan....
kenangan bersamamu xakan aku lupa
sampai akhir hayat ku.....

LELAKI IDAMAN SAYA




lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yg beriman.
yg hatinya disalut rasa takwa kpd Allah,
yg jiwanya penuh penghayatan t'hadap islam
yg sentiasa haus dgn ilmu
yg sentiasa dahaga akan pahala
yg solatnya adalah maruah dirinya
yg tidak pernah takut utk berkata benar
yg tidak pernah gentar utk melawan nafsu
yg sentiasa b'sama kump org2 yg b'juang dijln Allah


lelaki idaman saya adalah lelaki yg saya terima dengan kehikhlasan hati saya
bukan lelaki yg saya terima kerana terpaksa
bukan lelaki yg saya terima kerana rasa simpati saya kepadanya
buka lelaki yg memaksa saya mencintainya
dan bukan lelaki yg kerananya hati saya tidak tenteram

lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'jaga tuturkatanya
yg tidak b'megah dgn harta dunia yg dicarinya
yg sentiasa b'buat kebajikan krn sifatnya yg penyayang
yg m'punyai ramai kwn& tidak m'punyai musuh yg b'sifat jembalang

lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'hormati ibunya
yg sentiasa b'bakti kpd ke2 org tua & keluarga
yg bakal m'jaga kerukunan rumahtangga
yg akan m'didik isteri & anak2 m'dalami islam
yg mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
krn dunia bgnya adalah rumah sementara menuju akhirat

lelaki idaman saya sentiasa b'sedia utk m'jadi imam
yg hidup dibwh naungan al-quran& m'contohi sifat rasulullah
yg blh diajak b'bincang & b'bicara
yg m'jaga matanya dr b'belanja
yg sujudnya penuh kesyukuran dgn rahmat Allah keatasnya

lelaki idaman saya tidak pernah m'bazirkan masa
matanya kepenatan krn penat m'baca
suaranya lesu krn penat mengaji & b'zikir
tidurnya lena dgn cahaya keimanan
bgnnya subuh dgn penuh kecergasan
krn sehari lagi usianya b'tambah penuh kematangan

lelaki idaman saya sentiasa m'ingati mati
yg bgnya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yg mana buah kehidupan itu perlu dibaja & dijaga
agar b'putik tunas yg bakal m'jadi baka yg baik
meneruskan p'juangan islam seblm hari kemudian
lelaki idaman saya adalah lelaki
yg tidak t'pesona dgn buaian dunia
krn dia m'impikan syurga


di situlah rumah idamannya
& dia ingin m'bawa saya b'sama
dialah lelaki idaman saya....