Saturday, August 20, 2011

KeSeNaNgan...

Kesenangan..
Perkara yang sering diimpikan segenap manusia...
Tak kira yang miskin,yang kaya,yang tua mahupun yang muda..
Semua menginginkan kesenangan dalam hidup...
Tetapi...
Mereka lupa....
Dari mana datangnya kesenangan tersebut..


Kesenangan..
Tidak akan datang bergolek...
Kesenangan tidak akan datang sujud di hadapan kita..
Kesenangan juga tidak akan muncul dengan sendiri...


Kesenangan..
Datang dengan cara kita sendiri yang berusaha mendapatkannya..
Dengan cara mencari jalan...
Meredah onak dan duri...


Kadang-kadang..
Untuk mendapat kesengangan....
Bukan suatu perkara yang mudah..
Malah mengambil masa dan waktu..
Ada kala memerlukan jangka masa yang tersangat lama....


Oleh itu....
Untuk mendapatkan kesenangan...
Hadapilah perjalanan hidup ini dengan penuh kesabaran
Kerana kunci kepada kesenangan adalah kesabaran...

Friday, August 19, 2011

INSAN YANG TERPILIH,





MERENUNG DI SUDUT HATI,
MENGINTAI DI JENDELA DIRI,
MUNGKIHKAH HADIR CAHAYA ILAHI,
MENERANGI GEMPITAN JAHIL NURANI,
KADANG-KADANG BIBIR MUDAH MENGATUR KALIMAH,
TETAPI HATI YANG RESAH MENANGGUNG MUSIBAH.

INSAN YANG TERPILIH,
MENGAPAKAH SATU UNGKAPAN YANG INDAH,
MENJADI SERIBU PERSOALAN,
SEMEMANGNYA DIRI SENDIRI MENYEDARI HAKIKATNYA,
NAMUN SUARA HATI YANG DAMAI MENGINSAFINYA.

INSAN YANG TERPILIH,
LULUH HATIKU YANG SAYU,
MENATAP KEPERITAN HIDUP,
MENGENANG JASA DAN PENGORBANAN,
KEPERITAN ITU KAU RASA DEMI ANAKMU.

INSAN YANG TERPILIH,
RAUT TUAMU MEMBERKAS JIWAKU,
MEREDAKAN RINDU MENDAMAIKAN KALBU,
TIDAK MUNGKIN KU TEMU,
IRAS SENTUHAN MU,
WALAUPUN KU REDAH SELURUH DUNIA.

INSAN YANG TERPILIH,
SIANG MALAM TIADA BEZA,
PENAT DERITA TIDAK DIKIRA,
AKULAH,PASTI DIUTAMAKAN,
WALAUPUN NYAWA MENJADI TARUHAN.

INSAN YANG TERPILIH,
TIADA YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN
KECUALI SEKUNTUM DOA PENYERI HIDUP,
ANAK YANG SOLEH ITULAH TANDANYA,
HARTA SEJATI YANG AMAT BERHARGA.

INSAN YANG TERPILIH JUA,
BICARA YANG TERSIMPAN,
LUAHKANLAH RASA MENUTUR SAYANG,
SEDIKIT PUN TIDAK TERHAKIS,
MENGAPA,
KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA.

Nukilan oleh:Mohamad Ilham Bin Mohd Azam

Thursday, August 18, 2011

jiWa TeRasa KoSonG


... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)

Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.

Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.

Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.

Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.