Sunday, December 11, 2011

Wahai Pemilik Hati...~

Wahai Pemilik hati.....
Dengarkanlah....
Dalam dunia ni.....
Ada dua jenis manusia yang kita akan temui...
Yang pertama manusia yang betul2 mencintai kita...
Dan yang kedua manusia yang hanya mempergunakan diri kita.....

Wahai pemilik hati yg suci....
Dalam mencintai dan bercinta....
Pilih lah yang terbaik buat dirimu....
Yang tidak akan sesekali menyakitimu bila dirimu bersamanya...
Yang sentiasa melindungimu dikala susah atau senangmu...

Wahai pemilik hati yang setia...
Sekiranya kamu mencintai...
Cintai lah dengan setulusnya....
Jangan pernah lukakan hati nya...

Wahai pemilik hati yang bercinta....
Seandainya dirimu berjaya memiliknya...
Berbahagia lah kamu kerana memiliki org yg kamu cinta...
Sentiasalah membuat dirinya tersenyum bila berada di sampingmu...

Wahai pemilik hati....
Percayalah....
Jika dirimu ikhlas menjaga dan merawatnya...dirimu akan sentiasa bahagia...
Dirimu akan lebih dihargai....
Jadi....
Sentiasa lah bersamanya..tidak kira susah atau senangmu....
Kerana....
Dirimu sentiasa diperlukan....

Wednesday, December 7, 2011

Yang Nyata~

Dalam perjalanan ku untuk mengenal diri
Aku melakukan pemecahan sendiri
Dengan tidak menghiraukan petang dan pagi
Asal tercapai maksud di hati
Maksud hati hendak mencari diri
Diri yang berdiri sendiri
Yang amat erat hubungan dengan peribadi
Yang orang mengatakan nya “suci”
Telah lama aku berjalan
Pagi petang siang dan malam
Suatu perjalanan yang ku lakukan
Dengan gerak dan menggerakkan
Gerak datang dari aku, yang menggerakkan dia
Yang bergerak ialah saya
Suatu pemecahan satu jadi tiga
Yang menghasilkan pemisahan antara aku dan dia
Yang bergerak saya
Termasuk aku dan dia
Aku yang memisahkannya
Yang telah dapat memisahkan antara badan dan dia
Aku dengan badanku nyata aku dengan diriku tidak nyata
Badan dapat diraba
Diri hanya dapat dirasa
Rahsia diri ialah rahsiaku
Peristiwa diri ialah peristiwa aku
Badan diri dan aku
Bunyinya tiga, nyatanya Satu
Nyatanya aku satu
Aku badan dan diriku
Keluar bersatu padu
Ke dalam banyak orang belum tahu
Aku dengan badan ku positif nyata
Aku dengan diriku negatif tidak nyata
Samakah aku yang nyata
Dengan aku yang tidak nyata
Aku dengan kenyataan ku jadi manusia
Aku dengan ketidak nyataku berada di dalamnya
Di alam fikiran tempat aku yang pertama
Di alam perasaan tempat aku yang kedua
Ketahuilah oleh mu wahai insan
Aku yang pertama ialah aku yang di hidupkan
Aku yang kedua ialah aku yang menghidupkan
Yang mana yang benar, cuba fikirkan.....