DaraH CinTA


Tak pernah terbayang di fikiranku tentang kejadian ini sebelumnya. Aku
tak pernah menyangka  Elisa akhirnya harus masuk  wad ICU. Semua
terjadi begitu saja.

Andai saat itu Elisa mahu medengar  apa yang aku beritahu, pasti semua tak
akan jadi macam ini. Aku sudah berusaha menghalangnya daripada  menemui Fandy. Tapi apa dikata, semua keputusan ada di tangannya. Dan dia memutuskan untuk menemui si Fandy itu. Walaupun aku sudah berusaha meyakinkan dia yang sebenarnya Fandy itu membohonginya.

Ah…, Elisa…Elisa…, sekarang orang tua kau juga yang susah. Mereka
harus cari darah buat kau. Kalau tak, malam ini nyawa kamu tak akan diselamatkan.

Mamanya duduk di kerusi yang disediakan hospital di depan wad ICU.
“Macam mana, mak cik?”tanyaku.
“Semua stok darah sudah habis.”jelasnya.
“Adakah darah makcik atau pak cik tak ada yang segolongan dengan  Elisa?”
“Pak cik dan Mak cik tak dilarang oleh doktor daripada menyumbangkan darah.”
“Kenapa?”
“Pak cik dan MAkcik ada penyakit diabetes.”
Owww…., sungguh malang sekali, makcik. Andai saja golongan darah aku sama
dengan  Elisa, mungkin aku akan dermakan.
Eh…, tunggu…, aku kan tak tahu golongan darahku??? Selama ini aku
tak pernah periksa darah.
“Mak cik ,saya mintak diri dulu yea!”aku bangun dan meminta izin untuk pergi.
“Ke mana?”
“Kejap  aja.”

Aku terus pergi meninggalkan mama Elisa sendirian. Ku halakan kakiku menuju
bilik doktor yang tidak jauh dari situ.
“Maafkan sya doktor, .”aku membuka pintu sedikit.
“Ya, silakan masuk!”kata doktor.
Aku masuk ke bilik itu. Doktor  menyuruhku duduk.
“Ada apa?”tanya doktor.
“Saya dengar pesakit yang bernama Elisa memerlukan  darah.”
“Betul. Kebetulan persediaan golongan darah A untuk saudara Elisa tidak
ada.”
“Ehm…, boleh doktor check darah saya? Mungkin saja golongan darah saya
sama dengan Elisa!!!”
“Awak yakin?”
“ya, doktor.”
“Kalau begitu mari saya periksa.”

Doktor  membawaku ke sebuah makmal yang ada di biliknya . Dia memeriksa
golongan darahku sekaligus memeriksa keaadan darahku sama ada berpenyakit ataupun tidak . Beberapa minit kemudian doktor membawa hasilnya.“Baik, darah awak sesuai dengan darah saudari Elisa.Awak  boleh menyumbangkannya.”
“Terima kasih, doktor!”

Doktor menyuruhku membaringkan diriku di katil yang ada di makmal tersebut. Dia menusukkan jarum besar ke lenganku. Sesaat selepas itu darahku mengalir ke sebuah kantong darah yang tersedia di situ.“Kalau boleh saya tahu, kenapa awak bersedia menyumbangkan darah awak untuk saudari Elisa?”doktor menyoalku.
“Saya cuma mahu dia tetap hidup.”
“Apa yang membuat awak mahukan dia tetap hidup?”doktor menyoal lagi.
“Ini peribadi, doktor. Jadi saya tidak boleh jelaskan.”
“Apa perlu saya beritahukan sumbangan awak kepadanya?”
“Jangan, doktor!!! Doktor mseti rahsiakan perkara ini.”
“Baik.”
Tak lama kemudian kantong darah itu penuh. Doktor mencabut jarum itu
dari lenganku. Dia menutup lukaku dengan kapas dan handsaplast.
Seorang jururawat masuk ke bilik itu membawa makanan.
“Doktor, ini pesanannya.”
“Berikan padanya.”beritahu ku kepada doktor.
“Baik, .”
“Kamu habiskan makanan itu.”katadoktorr,”Setelah itu istirahatlah sebentar.”
“Baik, doktor.”
Aku segera mengikut nasihat doktor. Makanan yang cukup bergizi itu membuatku berselera. Apalagi ada daging ayam dan telur rebus.

* * *
Sudah tiga hari ini Elisa terbaring. Namun dia belum sedar juga. Dia masih
Terbaring lemah. Tapi kata doktor dia akan baik-baik sahaja.
Menjelang pagi, tiba-tiba tangan Elisa bergerak. Matanya sedikit demi sedikit
terbuka.
“Ma…,”panggil Elisa.
“Elisa.”mamanya terus memeluknya.
Papanya pun yang baru saja datang turut memeluknya. Mereka gembira akhirnya anak mereka sudah sedar kembali. Aku turut bahagia.Jam terus berputar. Waktu terus berjalan. Keadaan Elisan pun sudah semakin pulih. Kesihatannya semakin baik sepeti sediakala.
“El, jom makan!”aku menyuapakannya.
Elisa mengelak,”Kenapa awak ada disini?”
Aku menarik nafas kecewa mendengar ucapannya,”Saya disini kerana untuk menjaga awak.”
“Awak jangan tipu saya!!. Terus-terang sahaja yang awak hendak memperdayakan saya lagi kan???.”
“Tapi…!!!”
“Awak…, saya  paling tak suka orang menuduh tanpa bukti.”
“Maksud awak pasal Fandy?”
“Siapa lagi?”
Belum sempat aku menjelaskan semuanya, seorang lelaki bersama tiga
kawnanya masuk. Ternyata itu Fandy dan kawan-kawannya. Sungguh terkejutnya aku
melihat mereka datang.
“El, apa kabar?”sapanya.
“Baik. awak kenapa di sini? Bukannya semalam awak sakit?”tanya Elisa.
“Ehm…e…iya…iya…, semalam saya sakit. Tapi sudah sembuh.”
Dari kata-katanya saja sudah jelas kelihatan yang dia itu sedabg berbohong. Tapi aku tak memahami apa yang ada di fikiran Elisa sekarang. Dia percaya gmacam itu sahaja.
Saat mereka sedang asyik bicara, doktor bersama jururawatnya masuk.
“Maafkan saya, saya mahu periksa saudari Elisa.”kata doktor.
“Silahkan, doktor!”jawab Fandy.

Doktor mengeluarkan stetoskopnya. Dia memeriksa dengupan jantung Elisa.
“Elisa,mulai esok,awk boleh balik!”
“Terima kasih, doktor.”Elisa tersenyum,”Oh ya, doktor. Dengar kata ada orang yang mendermkan darah untuk saya. Siapa dia?”
Doktor memandangku . Aku terus memberi isyarat supaya perkara itu dirahsiakan.
“Saya, El…!!!”Fandy,”Saya yang dermakan darah ke kamu.”
“Betuk ke, Fan?”
“ya.”
“Terima Kasih, Fan!”

Kulihat wajah Elisa nampak ceria mendengar  kebohongan Fandy itu.
“Maaf, seseorang yang menyumbangkan darah untuk anda tidak menizinkan
saya untuk menjawab pertanyaan itu.”kata doktor itu.
“Apa?”Elisa terkejut.
Rupanya doktor mahu membelaku.
“Yea la. Dia menyuruh saya untuk merahasiakan ini semua.”
“Iya…, semalam saya menyuruh doktor membuat seperti itu supaya awak tidak terkejut.”Fandy memotong .
“Lebih baik awak diam daripada anda berbohong perkara macam ini.”doktor
menengking Fandy.
“Jadi bukan dia?”Elisa,”Habis tu siapa?”
“Saya tidak boleh menjawab. Tapi saya yakin awak tahu orangnya. Saya yakin
Awak boleh merasakan siapa dia.”jelas doktor,”Maaf, saya harus periksa pesakit
yang lain.”
Doktor dan jururawat pergi meninggalkan mereka.
“El…, sorry…, saya tak bermaksud untuk membohongi awak.”ucap Fandy.
“Kamu semua keluar  dari sini!!!!”
Tidak ada lagi yang boleh melawan kemarahan Elisa. Mereka keluar dari
ruangan itu. Aku pun ikut keluar.

* * *
Aku duduk menyantai di rumah. Sendiri. Dan menyepi.
Fikiranku melayang ke mana-mana. Aku sedang bingung.
Ku terima satu mesej dari Elisa.

NES DATANG KE RUMAH SAYA SEKARANG. SAYA NAK JUMPA AWAK>>ELISA

Kenapa dia menyuruh aku pergi ke rumahnya?
Daripada aku menelah perkara yang bukan-bukan, lebih baik aku pergi ke rumahnya.
Setibanya di depan rumahnya, aku lihat dia sedang berdua dengan Fandy.
Oh…, ternyata ini maksudnya menyuruhku datang!! Okey…, aku sudah faham segalanya.
Aku melangkahkan kakiku pergi. Tak kuasa kalau aku perlu melihat mereka
berdua.
Belum sempat aku melangkah, Elisa memanggilku,”Nes.”Elisa
menghampiriku,”Kenapa tak bagitau yang awak dah datang?”dia tersenyum.
Baru kali ini kulihat senyumnya yang begitu tulus.Kebiasaannya senyumanya padaku kelat sekali.
“Sorry, saya ganggu awak.”
“Nes.”dia memegang tanganku,”Awak tak menggangu pun. Dia kebetulan saja
datang tadi.”
“Untuk apa?”
“Saya tak tahu. Tiba-tiba saja dia datang sewaktu saya sedang menanti kedatangan awak.”
“Oh…!!”
“Kenapa awak tak bukak lagi jaket awak tu?Bukak lah!”
“Sorry, saya sejuk.”
“Awak tipu!!”
“Betul.”
“Tapi kenapa awak berpeluh?”
Ow…, aku baru sedar yang aku sudah berpeluh dari tadi lagi.
“Bukak la jaket awak tu.”pintanya.
Aku menggelengkan kepalaku. Dia tak boleh tahu kesan luka itu. Kalau dia
lihat, dia akan tahu aku yang mendermakan darahku untuknya.
“Please…!!!”
Elisa terus memaksaku. Namun aku terus menolaknya.
Tak kusangka dia membuka jaketku. Aku pun melawannya. Tapi perasaanku
berpihak padanya. Dan aku dikendalikan perasaanku. Kubiarkan dia membuka
jaketku.
Dan apa yang aku sangka tadi ternyata benar. Dia akhirnya tahu.
“Jadi awak yang dermakan darah buat saya?”
“Sekarang awak sudah tahu.”
Elisa terus memelukku.
“Maafkan saya, ! saya sudang menyangka buruk terhadap awak. Seharusnya saya
Mendengar kata awak.”
“Sudahlah, El. Buat apa awak sesali lagi? Janganlah  awak mengulanginya
lagi.”sindirku.
“Nes, saya akan dengar kata-kata awak. Aku tak akan ulangi
Perbuatan saya ini lagi.”
Dia semakin erat memelukku.
Melihatnya menangis membuatku tersentuh. Aku pun mengeratkan lagi pelukannya .
Kulihat nun jauh disana Fandy sendirian. Dia nampak naik darah. Tangannya
terus menggenggam.Aku pun memulakan persiapan untuk menghadapainya. Mungkin saja dia akan berbuat sesuatu yang menyakitkan aku dan juga Elisa.
Tapi aku salah. Dia pergi begitu saja dengan keadaan marah.
Ah…, biarlah…!!!
Akhirnya,aku dan Elisa bersatu…inilah kisah darah cinta antara aku dan Elisa,walaupun pada mulanya Elisa membenciku tapi kerana ketulusan dan kejujuran aku mencintai dia,getaran cinta ku dapat dirasakan Elisa…

p/S dari ku: Pada kamu yang sedang bercinta,jujurlah dalam setiap perhubungan kamu..sesungguhnya kejujuran itu penting bagi mengekalkan lagi hubungan kamu.. Kepercayaan,keikhlasan,kesetiaan dan kejujuran itulah kunci kebahagiaan. Jangan ingat kamu diberi kepecayaan,kamu boleh khianatinya,sekali ‘hati’ terluka,amat susah untuk diubati..meskipun luka itu diubati,parutnya akan kekal selamanya. Dan ingatlah pada kamu yang dicintai..jangan kerana kesibukan anda mengejar kerjaya,orang yang mencintai kamu akan rasa tersisih,jangan kerana kealpaan kamu menjaganya,dia jatuh ketangan orang lain meskipun dia mencintai kamu tapi ketahulah,cinta itu mestilah sentiasa dipupuk dan disiram dengan kasih sayang yang berkekalan walaupun seketika….jadi..hargailah orang yang mencintai kamu..jangan menyesal di kemudian hari…..