Friday, February 25, 2011

Wahai Tuhan Ku





Wahai Tuhan Ku...
Maafkanlah Dan Ampunilah Segala Dosa Dosa Ku...
Sekalipun Aku Tidak Pernah Serik Berbuat Demikian...
Nikmat Dunia Ini Sering Mengaburi Pandangan Ku...

Wahai Tuhan Ku...
Dunia Ini Sering Mengajak Ku Berpeleseran...
Dan Selalu Aku Tewas Dan Hanyut Di Dalamnya...
Sehingga Ada Ketika Tidak Terkawalkan Nafsu Duniawi...

Wahai Tuhan Pemilik Seluruh Alam...
Nafsu Yang Kekadang Menghilangkan Kelazatan Iman...
Mengajak Ku Untuk Telus Berbuat Kemungkaran...
Sering Kali Menitipkan Titik Titik Hitam Pada Pakaian Taqwa ku...

Kerana Nafsu Sering Singgah Mendatangi...
Tidak Pernah Jemu Dan Kenal Putus Asa...
Mendekati Ku Untuk Memutikkan Kealpaan...
Menjauhi Aku Mengingati MU...

Wahai Tuhan Ku...
Untuk Kesekian Kalinya...
Sama Seperti Semalam Dan Sebelumnya...
Aku Mendatangi MU Dalam Kepayahan Ini...
Bersimpuh Di Sejadah Lusuh Ini...

Aku Ingin Menangis Di Hadapan MU Ya Rabb...
Mengharap Segala Dosa Ku Ini ENGKAU Balasi Dengan Azab Dunia...
Kerana Aku Yakin Bahawa Aku Tidak Akan Tertanggung...
Pedihnya Azab Seksaan MU Di Akhirat Kelak...

Wahai Tuhan Ku...
Bersimpuh Di Atas Sejadah Lusuh Ini...
Sungguh Aku Lebih Menginginkan...
Agar ENGKAU Melepaskan Aku Dari Kedua Duanya...
Kerana Aku Yakin ENGKAU Tidak Menutup Pintu Taubat Untuk Ku...

...Subhanallah...

Tolong Ingatkan Aku...





I Love Allah
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Malu Mu BerHarga..





Puteriku..
Benarlah bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Wanitalah yang membuka pintu, seolah kau katakan kepada si pencuri itu : silakan masuk, silakan…
Apabila ia telah mencuri, engkau berteriak : Pencuri! Tolong..tolong..! Saya dicuri!
Demi Allah, dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu ditelanjangi pakaiannya.
Demi Allah begitulah, jangan engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki, kebanyakan mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat. Demi Allah ia telah berbohong!
Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatiannya, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. Setelah itu apa yang terjadi?

Kalian berdua sesat berada dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan dan selepas itu selamanya akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. Si lelaki akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan. Jiwamu menangis, keningmu tercoreng, hidupmu berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu.
Puteriku…
Cita-cita wanita tertinggi adalah perkahwinan. Bagaimana tinggi pun status sosial kejayaan, karier, populariti, prestasinya, namun sesuatu yang paling agung dan sangat diinginkannya adalah menjadi isteri dan ibu yang baik kepada sebuah rumah tangga yang bahagia.
Tidak ada seorang pun lelaki yang mahu menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki hidung belang. Apabila akan berumahtangga ia tetap akan memilih wanita yang baik, kerana ia tidak rela suri rumahtangganya dan ibu kepada putera dan puterinya adalah seorang wanita yang tidak baik.

Puteriku..
Puteriku yang beriman dan beragama! Puteriku yang terhormat dan terpelihara, ketahuilah bahawa yang menjadi korban semua ini bukan orang lain terkecuali engkau.
Oleh kerana itu, jangan berikan diri kalian semudah itu. Sesungguhnya kemuliaan yang tercela tidak akan kembali, martabat yang hilang tidak akan dapat ditemui kembali.
Inilah nasihatku padamu, puteriku. Inilah kebenaran. Sedarilah bahawa di tanganmulah kunci pintu perbaikan. Bila diri kalian diperbaiki, dengan demikian umat pun akan menjadi baik.
Kehormatanmu terletak di tanganmu. Keruntuhan akhlakmu juga di tanganmu
  
p/s: buat diri sendiri dan insan bergelar wanita 

Hidup Ini



tiada yang boleh menafikan diri nya sbg hamba

yang mjadi umat bg nabi dan rasul nya yg termulia...

dan,tiada sesiapa yg boleh menarik diri

dari menjadii murid bg guru nya yg murabbi...



maka sentiasa bersama2 lah dengan mereka2 yang telah di kurniakan nikmat...

tetap erat dalam bertauhid,kukuh dalam syariat,

hidup segar dengan akhlak murni

padat dengan rahmat dan berkat....



walau apa pun yg berlaku,..

hati,lidah dan anggota seharus nya tidak goyah,,,

terus menyingkir segala yg mutaawatir dan kelabu...

sehingga iman menjadi jelas,islam lebih terserlah...

lalu.diri kita tetap di terima oleh allah,rasul dan guru...



bimbingan dan ajaran akan terus hidup bila sanubari teguh dan suci...

terpinggir bala,siksa,duka dan kecewa bila di liputi ksh syg dari yg esa...

maka,hampiri dan dekati lah DIA untuk selama nya..

kekal bersemadi di bawah cinta Ilahi yg hakiki...

Tuesday, February 22, 2011

Keluarga UniSZA



:: kali pertama baca sajak, terus teringat kawan2 yg pernah sama2 berjuang untuk kejyaan,kegembiraan dan sebagainya. sahabat yang sentiasa disisi susah dan senang. bersama kita walaupun kita tengah ketawa atu menangis. susah bukan nak cari sahabat yang sebegini....tp hakikatnya dalam 100 orang shabat,ada juga yang sanggup berkorban apa sahaja untuk kita asalkn nilai persahabatan itu tidak retak walaupun hanya dilontar dengan batu yang sebesar biji asam jawa.hehehe...tp masih ade orang yang snggup gadaikan persahabtan yng terjalin selama berthun2 hanya kerana satu perkara kecil yang boleh diselesaikan selama 5 minit. erm...susahnya mencari sahabat sejati.jadi saya nak share dgn semua kawan2,sahabat saya sajak nie.menarik sngt.sapa2 yng nk share boleh je.diizinkan. renung-renungkan dan selamat beramal:::

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah
,Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah
,Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah
,Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah, Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.
Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya
,Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah
,Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
jadilah sahabat yang baik…
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Binalah nilai seorg sahabat yg baik..


Mencari Identiti Diri





mencari identiti diri kembali
dalam usaha menuju Jannah
sudah ku ketahui mujahadah itu penuh liku
sudah ku ketahui kesusahan dan kepayahan kan diuji saban waktu
tetapi masih belum benanr-benar kuat dan tabah dalam mengharunginya

hati ini masih lagi rapuh
hati ini masih mudah terasa
dalam usaha mendidik hati
agar sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi
agar sentiasa cinta kepada suruhan Ilahi
agar membenci untuk melakukan larangan Ilahi

bermula dengan paksaan hingga menjadi kebiasaan
tiada jalan pintas untuk ke syurga
semuanya bergantung pada diri
dalam melawan arus jahiliyah tiap hari
bergantung pada hati yang suci
bergantung pada akal yang memandu diri
jangan sesekali terpedaya dengan bisikan nafsu dan syaitan
kelak merana, hati gundah gulana semuanya serba tak kena.

Monday, February 21, 2011

Janganlah Memungkiri Janji

Lisan atau lidah manusia memang gemar membuat janji, tetapi seringkali pula jiwa tidak ingin menepati janji yang dibuat oleh lisan tadi. Maka dengan itu jadilah janjinya bohong atau janji yang dimungkiri. Itu adalah tanda-tanda adanya sifat nifaq pada orang itu.



Allah telah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji." (Surah l-Maidah : 1)

Allah s.w.t. telah memberikan setinggi pujian ke atas Nabi Ismail a.s. di dalam kitab-Nya yang mulia dengan firman-Nya:

"Sesungguhnya dia (Ismail) adalah benar janjinya." (Surah Maryam : 54)

Apabila Saiyidina Abdullah bin Umar telah hampir menemui ajalnya, beliau berkata:

"Sebenarnya dulu ada seorang Quraisy telah meminang puteriku, dan aku telah mengikat suatu perjanjian untuk menikahkan puteriku itu kepadanya. Demi Allah aku tidak gemar menemui Tuhan, sedang sepertiga dari sifat nifaq itu ikut bersama-samaku. Oleh itu saksikanlah, bahawasanya aku telah menikahkan si Fulan itu dengan puteriku."

Diceritakan dari Abdullah bin Abul-Khansa’, katanya:

"Saya pernah mengikat janji dengan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda diangkat menjadi nabi. Ada barang yang saya janjikan kepadanya akan saya bawa ke tempat yang telah dipersetujui, tetapi malangnya saya terlupa hari itu dan juga esoknya. Maka saya mendatanginya pada hari ketiga, dan saya dapati baginda masih tetap menunggu di tempatnya. Bila saya sampai, maka baginda berkata:

"Wahai pemuda! Engkau telah menyakiti aku dengan janjimu, sebab saya berada di sini menunggu sejak tiga hari lalu."

Ibnu Mas’ud r.a. pula bila berjanji, niscaya dia akan berkata: "InsyaAllah."

Cara beginilah yang lebih baik. Sesudah berkata InsyaAllah, jika ia memang faham bahawa menepati janji itu adalah wajib, maka hendaklah ia menepati janji itu, kecuali jika dihalangi oleh keuzuran. Akan tetapi jika ketika membuat janji itu, hatinya telah bertekad untuk memungkirinya.

Maka itulah yang dinamakan sifat nifaq.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya, maka ia dicap munafik, sekalipun ia puasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim, iaitu; bila berbicara ia bohong, bila berjanji ia mungkiri dan bila menerima amanah dia khianati."

Sabda Baginda yang lain:

"Empat perkara yang jika seseorang manusia ada di dalamnya, maka ia menjadi munafik, dan barangsiapa mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu, samalah seperti ia mempunyai sifat kemunafikan, sehingga dia menjauhinya lagi: Jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia mungkiri, jika membuat pengakuan dia belot dan jika menuntut dia curang."

Sifat-sifat ini hampir-hampir tertimpa ke atas orang yang ketika berjanji, dia siang-siang telah berazam untuk menyalahi janjinya ataupun yang memungkiri janji tanpa apa-apa keuzuran.

Adapun orang yang berazam untuk menepati janji, tiba-tiba tanpa disangka-sangka pula timbul suatu keuzuran yang menghalangnya dari memenuhi janjinya, maka orang itu tiadalah terkira seorang munafik meskipun pada lahirnya sifat kemunafikan itu berlaku atas dirinya.

Namun sebaik-baiknya, hendaklah dia cuba menghindarkan diri dari terkena sifat kemunafikan itu sebagaimana dia menjauhkan dirinya dari hakikat kemunafikan juga; iaitu apabila berjanji, cari jalan supaya keuzuran tidak akan berlaku tanpa ada sebab yang benar-benar dharurat.

Sahabat.. ketahuilah. Apabila dimungkiri, ia sakit dan pedih. Jadi hindarilah dari memungkiri janji.

Sunday, February 20, 2011

Harus Bagaimana Cinta Ini?

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."

"Saya rindu ibu."

"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?


Saturday, February 19, 2011

Ayuh Kita Renung Sejenak...

marilah kita renung sejenak
ajal dan maut dmana jua

mnusia malang hidup derhaka
bahagia insan hamba setia

izrail dtg mncabut nyawa
dgn tiada bertempoh masa

terbujur kaku sebatang kara
tinggal semua harta dan keluarga

dimandi,dikapan dan disembahyangkan
ke tanah kuburan mayang ditatang

ke liang lahat tnggal sendri
amal jahat baik penentu diri

mungkar dan nangkir utusan ilahi
mayat disoal semua segi

tongkat cemeti menghentak diri
bila jawapan x diperolehi

mayat derhaka siksa berganda
mayat bahagia rahmat bersua

semua sentiasa tambah berganda
di yaumil masyar sudahnya bicara

janganlah tuan berlengah lagi
marilah terus berbuat bakti

amalan baik istiqamah diri
yakin Allah tunaikan janji...

Wanita..


"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." (HR Muslim)

Wanita ibarat bunga...
cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...
Kerana akhlaq wanita ibarat bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk..
Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...

Ibarat bunga..
ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat dipandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang bersemangat.. sebagai isteri, dia menjadi isteri Yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang...
Dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya.

Allah swt berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 24 yang artinya,
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya.
Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas dan kewajiban yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, tujuan hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman,

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki
mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." (QS. An-Nisaa: 124)

Rasulullah juga turut memerintahkan umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabdanya: "Mereka yang paling sempurna di kalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." (HR At-Tirmidzi)

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya: "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang tengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim.

Nilai wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang
diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Siapa Kita?

Kita insan yang leka....
Sering terpedaya....
Padahal kita tak sangka....
Yang hidup ini hanya sementara...
Kita bergembira dan leka....
seolah-olah dunia ini untuk kita selama-lamanya...
Sedangkan semakin hari jiwa kita merana...
Kerana tertipu dengan nafsu yang menggoda....

Kita insan biasa...
Sering terjatuh dalam luka...
Namun DIA sentiasa ada..
Cuma kita yang tak menyedarinya...
Kerana hati kita leka...
KehadiranNya tak disedarinya...

Inilah kita...
Yang sakit walaupun nampak sihat di luarnya...
Kerana yang sebenarnya sakit ialah jiwa...
Bukan zahir kita....

Kita selalu mengatakan yang terhebat itu kita...
Yang paling kaya itu kita...
Tanpa ada rasa syukur di dada...
Tapi kita lupa...
Ia bukan milik kita...
Itulah tanda sakitnya jiwa..
Lupa pada kurniaan datangnya daripada Sang Pencipta...
Hati terhijab kerana merasa 'kewujudan' kita...
Padahal yang sebenarnya wujud hanyalah DIA


LeMbarAn hIdUp wAniTa SolehAh


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Moga tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....


~ KISAH 3 PINGGAN ~

...Assalamualaikum...Semoga Kalian Di Rahmati Allah..Umpakan Diri Kita TIGA BIJI PINGGAN...Pinggan Yang Mana Kita Pilih Dan Yang Di Beri Pilihan..

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita..

Selang beberapa tempoh masa,

1) Individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

2) Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

3) Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi..
Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

:: Begitulah jua halnya dgn Allah Taala..
Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan meletakkan kita di tempat yang baik dan selayaknya bagi kita.. Iaitu syurga.. SUBHANALLAH.

:: Namun jika...
Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan ‘basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
NA'UZUBILLAH.

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina, IBARAT PINGGAN YG DICMPAKKAN KE TONG SAMPAH!!!

DIMANAKAH DIRI DN APAKAH SITUASI...???

♥ MAHA SUCI ALLAH, SEGALA PUJI BAGINYA DIATAS ETIAP KEBESARAN YANG DICIPTAKANNYA DAN AKU BERLINDUNG HANYA PADANYA YANG MAHA BERKUASA... ♥


Friday, February 18, 2011

SaHabaT SePerjuaNganKu...


DOA UNTUK SAHABATKU… Ya Allah panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya, perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat Ya Muhaimin jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam kemungkaranMu..

Thursday, February 17, 2011

Wanita dan Aurat

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni? err......kena ade rasa malu sikit....kan malu tu perisai orang yang beriman (^_^)~

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul...opps...++censored++

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!...kena pakai stoking sayangku muslimah sekalian.......(^_^)~
kaki pun aurat juga ye...

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu...Bukan kata lelaki tergugat....ppuan pun boleh tergoda tengok....

7. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

- Artikel iluvislam.com

Nota Cinta...

Allah....

Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu.

Allah...

Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.

Allah...

Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.

Allah...

Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.

Allah...

Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.

Allah...

Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.

Allah...

Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu...

Wednesday, February 16, 2011

Sudah Bersediakah Kita

Detik-detik Menjelang Sakaratul Maut..

Kematian itu pasti akan menjeput
tanpa di undang atau daftar terlebih dahulu
kematian akan menjemput tanpa memberi kabar lewat sms atau menelpon.
apa kita sudah siap dengan kematian itu saudaraku???
Berapa lama hidup kita di dunia ini saudaraku ?
Dua tempat yang telah menunggu lama yaitu Surga dan Neraka.
Saat sakartul maut itu dan malaikat Izrail melakukan tugasnya Nabi Muhamad SAW saat sakartul mautnya..

Perlahan Ruh Rasulullah ditarik. seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang..
“.Jibril, betapa sakit Sakaratul Maut ini.” Lirih Rasulullah mengaduh
Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka..
“Jijikkah engkau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu wahai Jibril?” Tanya Rasulullah pada malaikat pengantar wahyu itu..
“Siapakah yang tega, melihat kekasih Allah direngut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik karena sakit yang tak tertahankan lagi

Ya Allah, dahsyat sakaratul maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan kepada umatku”.

Monday, February 14, 2011

Sucinya Cinta Itu..

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW

Siapa Dia??

Lahirnya seorang makhluk hamba yang teragung
Membawa cahaya kepada alam semesta ini
Membawa pengasingan kepada dunia ini
Dicipta dari setitis mani dan segumpalan darah
Diciptakan tulang-belulang oleh yang MAHA KUASA

Didewasakan dalam kelompok miskin dan quraish
Menjadi makhluk yang amanah pada tuannya
Diutuskan oleh maha perkasa kepada baginda menjadi rasul
Ketika dia masih lagi kaku lisannya untuk membaca
Maka berkatalah Jibril...bacalah...bacalah...bacalah...

Dia yang sentiasa dimaki,dikeji,dicaci oleh makhluk yang busuk
Hatinya tetap tabah kerana dialah khairunnas ada di alam ini
Kalbunya disucikan oleh Jibrail a.s yg mulia
Diciptakan oleh Maha Mulia kepada yang mulia untuk hati yang mulia
Tiada setaraf dengan baginda melainkan dia Yang Maha Esa Yang Maha Tinggi

Dialah qudwah hasanah yang patut diteladani
Mempunyai sifat amanah...jujur..taat kepada rabbul izzati
Dari segala aspek..dia ikuti..
Menjadi pemerintah sekarang begitu rupanya??
Dia yang serba sederhana dalam hayatnya..

Memiliki sembilan zaujah yang taat
Mempunyai 7 insan yang bernama anak yang soleh dan solehah
Mempunyai kekasih kamar hati yang sejati lagi cinta hakiki
Mempunyai umat yang sentiasa menurutinya
Dia yang sempurna
Dia yang agung
Dia yang mulia
Dia yang terbaik
Dia memperjuangkan syiar Allah
Memperjihadkan addin Allah
Tidak pernah tewas di sana

Dia sentiasa bersyukur
Ya Allah,hambaMu inilah satu-satunya cahaya umatnya
Penunjuk jalan yang mustakim
kepadaMu kami sembah..dan kepadaMu kami memohon pertolongan
EGKAU bantu kekasihMu dikala dia susah mahupun senang
Kami menyayanginya,merinduinya
Kurasakan ingin bersua muka dengannya tapi..siapalah aku yang dibanding dengannya
Akulah hamba yang terhina

Tanggal 21 Rabiulawal 11 hijrah,hari isnin
Alam semesta seolah-olah akan menerima satu berita tersedih
Pagi yang suram,,,,tiada keceriaan yang menjelma tika itu
Datanglah seorang arrijal mengetuk pintu...puteri Fatimah menguak pintu
Dia bertanya siapa...brkatalah puteri seorang arrijal
Dialu olehnya lelaki itu..
Di saat sakaratul maut ingin mencabut nyawanya,,dia bertanya
Adakah ini juga terjadi pada umatku??ya,jawab malaikat
Lagikan dia cara yang paling perlahan.ini pula kita yang pnuh noda hitam

Dia sanggup menanggung seksa umatnya,jika begitu berat kasihnya
Menyebut ummati...ummati,,,,ummati di puncak kewafatannya atas riba Humaira
Dia meninggalkan kita selama-lamanya dan hanya dua perkara yang diwasiatkannya
Kitabullah yang suci iaitu Al-Quran dan As-Sunnah iaitu hadith sebagai rujukan

Jika hayatnya masih ada
Akan kupeluknya,kuciumnya,kukucupnya dan kudakapnya...
Tapi apakan daya..itu takdir Allah yang tidak dapat dikembalikan melainkan
DIA MAHA KUASA...
Dan apakan daya...aku hanyalah seorang gadis yang tidak sedarjat dengannya
Siapalah aku...Hamba kerdil..hina,tak sempurna...DIA MAHA SEMPURNA
Tapi kamar hati ini tiada siapa boleh ubah selain DIA

Dialah lelaki..hamba,suami,anak dan pemerintah yang terbaik di dunia
Lelaki nombor satu yang paling berpengaruh hingga hari ini..

Dialah...MUHAMMAD B ABDULLAH....Rasulullah S.A.W manusia teragung

Sunday, February 13, 2011

ღ♥ღ♡ღ♥ღ♡ღ♥ღ♡ღ♥ღ♡

___۩❉۩❉۩___۩❉۩❉۩
_۩❉_____۩❉❉۩_____❉۩
۩❉_________۩________❉۩
۩❉__________________❉۩
_۩❉____________█▓▒_▒▓█
__۩❉__________█▓▒♥_♥▒▓█
____۩❉_________█▓▒♥▒▓█
______۩❉__ * __❉█▓▒▓█
________۩❉__❉۩___█▓█
__________۩❉۩______█
___________ ۩ ,

ღ♥ღ♡ღ♥ღ♡ღ♥ღ♡ღ♥ღ♡

●/
/▌
/ \ ♥♥......
...╬♥═╬
╬♥═╬
╬═♥╬
╬♥═╬
╬═♥╬
╬♥═╬
`·.·´
♥ ♥ ♥
…...…,•’``’•,•’``’•,
…...…’•,`’•,♥,•’`,•’
...……....`’•,,•’` ♥♪♫♥ ♥♪♫♥

.¸¸.¤*¨*ღ☆•iYa..Rasulullah kami merindui-mu.¸¸.¤*¨*ღ☆•

Saturday, February 12, 2011

Aku MerinduiMu

....Aku Merindui Mu...

...Hari Ini...Adalah Ulangtahun Hari Lahir Mu...Lebih 1400 Tahun Lampau Umat Ini Pernah Merasai Sentuhan Kasih Mu...Hari Ini...Apa Yang Mampu Ku Bicarakan Andai Engkau Masih Hidup Dan Engkau Lontarkan Pertanyaan Tentang Umat Mu Di Akhir Zaman ini...

...Terasa Benar Rasa Bersalah Dan Malu Ku Kepada Mu Duhai Rasullullah...Jika Aku Menangis Engkau Tentu Lebih Dari Sekadar Itu...Lalu Bagaimana Harus Aku Jawab Jika Itulah Pertanyaan Mu...Sedang Umat Yang Engkau Tinggalkan Dengan Lafaz Umati...Umati...Umati Ini Sedang Celaru...Kecamuk...Nilai Yang Engkau Tinggalkan Telah Jatuh Hampir-Hampir Tiada Harganya...Aduhai...

...Umat Mu Mutakhir Ini Telah Banyak Meninggalkan Sunnah Mu Wahai Rasullullah...Mereka Telah Menukar Pakaian Islam Yang Terbuat Dari Acuan Pengorbanan Dan Cela Hina Yang Engkau Terima...Mereka Tidak Lagi Peduli Pada kitab Kehidupan yang Telah Engkau Memesani Mereka Jangan Meninggalkannya...

...Menangis Lagikah Engkau Jika Mendengarkan Semua Ini...Umat Ini telah Hilang Gemilangnya...Hari Ini Umat Ini Terasa Kembali Ke Zaman Jahiliah...Hari ini Umat Mu Di Perkuda..Di Perangi Di Hina Nista Oleh Seteru Yang Dahulunya Baiah Keamanan Kerana Bijak Dan Santun Mu...

Wahai Rasullullah...Aku Menangis Kerana Malu Pada Mu...Aku Tidak Mampu Menjaga Urusan Umat Mu Ini Sekalipun Dengan Hanya Menegur...Betapa Jika Engkau Hidup Tentu Sekali Ia Akan Menggusarkan Hatimu...Maafkan Diriku Wahai KecintaanNya...

...Aku Merindui Mu... Subhanallah...

Renungan bersama

"Eleh, kau pakai tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!"

"Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik la weyh!"

"Eh, sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!"

Sakit telinga mendengar. Sakit lagi dalam hati. Kerana itu, ramai yang tersungkur. Hasrat mahu berubah, terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini. Inilah cabaran orang yang mahu berubah. Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini.

Persoalan saya, adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit?

Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani. Maka,
izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.

Janganlah berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.

Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga. Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi. Kemudian, satu
lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.

Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau hipokrit yang diberikan orang. Tuduhan yang
tersangat salah! Saya tertarik dengan satu hadis:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.

Saya paling tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menagis'. Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? Adakah kita mahu
menipu Allah?

Tidak. Sama sekali tidak. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia. Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku.

Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kita
keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.

Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik! Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.

Untuk mencapai kesempurnaan iman, jangan takut mencuba menerima cacian.

Kesimpulan

Jangan peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah pasti akan suka, jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka. Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?

Selepas ini, jika ada lagi orang kata 'kau munafik', maka balaslah, "So what?"

Buat anak mak.....

Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,

Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira.
Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak.

Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.

Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.

Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.

Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.

'''Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya!'''

Tragedi Malam Valentine...

"Sayang, esok jom keluar," kata Faisal kepada Hani, teman wanitanya menerusi telefon bimbit.

"Ok darl, I on je," jawab Hani manja. "Kita jumpa di tempat biasa ya", sambungnya lagi.

"Ok, see you esok. Bye," kata Faisal sebelum menamatkan panggilan.

Malam itu, Faisal tidak dapat melelapkan mata dek kerana tidak sabar lagi untuk berjumpa Hani. Badannya di dibalikkan ke kiri, tidak dapat tidur, ke kanan, pun tidak dapat tidur.

"Lamanya esok," bisiknya sendiri.

Akhirnya hampir jam 4 pagi, barulah Faisal dapat melelapkan matanya. Itupun selepas menyumbat earphone di telinga bertemankan lagu Suraya nyanyian Indigo.

----------------

Faisal hanya terjaga pada pukul 12.25 tengahari itupun selepas dikejutkan dengan panggilan rindu dari Hani. Faisal bangun dan membelek skrin telefon bimbitnya. Ada satu mesej, dari emaknya di kampung.

"Salam, jangan lupa bangun subuh"

Mesej ringkas itu tertera di skrin telefon bimbitnya. Dihantar pada jam 6.12 pagi. Faisal tidak membalas mesej emaknya.

"Alah orang tua ni, solat je pun. Tak buat pun tak apa," ngomelnya sebelum melangkah ke bilik mandi.

Seusai mandi, Faisal bersiap-siap untuk keluar bertemu Hani. Minyak wangi Fantasia disembur ke bajunya. "Nak kena jumpa awek, mesti la cantik-cantik,"bisiknya perlahan. Setelah siap semua, barulah Faisal melangkah keluar dari rumah sewanya dan memecut ke rumah Hani. Hani menyambutnya dengan senyuman mesra di pagar rumahnya. Hani nampak elegan dengan pakaiannya yang ketat dan menarik mata lelaki.

"Wow, you are so elegant with that kind of dress!" kata Faisal dengan mata yang terbeliak. Sambil itu, dia melangkah keluar untuk menjemput Hani masuk ke kereta.

"Haha, thanks darl. Untuk you jugak kan," kata Hani sambil melabuhkan punggungnya di seat depan.

"So, where we are going to go?" tanya Faisal.

"Sekarang baru jam 3.30 petang. Jom main boling dulu di Midvalley," kata Hani.

"Jom," jawab Faisal.

--------------

Lewat jam 8 malam, barulah Faisal dan Hani tamat bermain boling dan membeli belah di Midvalley. Mereka duduk berehat di kerusi berdekatan dengan kedai kasut Bata.

"Alah, I lupa nak beli something la sayang. Di Guardian," kata Faisal.

"Eh? Apa dia Darl?" tanya Hani.

"Alaa, benda tu lah. Untuk kegunaan malam ni," kata Faisal tersipu-sipu malu.

"Oh ya. Baru I ingat. Dah, dah. Cepat pergi beli. Cepat!" arah Hani.

Terkedek-kedek Faisal menuju ke Guardian lalu mencapai kotak yang bertulis Durex. Faisal kemudiannya berlalu menuju ke tempat duduknya sebentar tadi. Mereka berborak-borak dan bergurau senda sementara menantikan tibanya tengah malam. Lebih kurang jam 11.30 malam, mereka mula bergerak menuju ke kereta.

"Aha~ mari I bawak you ke tempat baik punya. I gerenti tak ada orang tahu. Entah-entah Tuhan pun tak tahu," kata Faisal sambil ketawa berdekah-dekah.

"Ah you ni. Buat suspen I je. Bawak je lah I pergi mana-mana pun. I tak kisah," jawab Hani manja.

'I dah tak sabar ni, nampak gayanya I kena pecut lebih sikit malam ni," kata Faisal.

"Suka hati you lah," jawab Hani.

Langit pada malam itu mendung, tidak ada sebutir bintang pun di langit. Hanya gelap menghiasi langit malam. Kereta proton wira berwarna biru metallic milik Faisal dipecut laju membelah jalan raya. Dalam perjalanan itu tidak semena-mena hujan turun dengan lebatnya.

"Ish, hujan pulak dah. Ni yang tak best ni," ngomel Hani.

"Laa, hujan-hujan ni la yang best untuk....." Faisal tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Kereta yang dipandu Faisal bertembung dengan sebuah kereta pacuan 4 roda. Kereta yang dipandu Faisal berpusing dua tiga kali sebelum terbalik di simpang menuju ke sebuah kawasan perkelahan. Lebih menyayatkan hati, Faisal terpelanting keluar dari kereta dan dilanggar pula oleh beberapa buah kenderaan lain yang kebetulan lalu di tempat yang sama. Keadaan sunyi seketika. Dua tiga buah kereta mula berhenti di tepi jalan untuk membantu mangsa kemalangan.

15 minit kemudian, siren ambulans mula kedengaran. Paramedik bergegas membantu Faisal yang sudah tidak bernyawa itu. Mayatnya hampir hancur digilis sementara Hani disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan. Walaubagaimanapun, pemandu pacuan 4 roda hanya cedera ringan dan dirawat di hospital sebagai pesakit luar. Menurut saksi, serpihan cermin kereta yang pecah menikam tepat ke dada Hani. Jenazah kedua-dua mangsa di bawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Keesokan harinya, akhbar utama menyiarkan berita kematian kedua mangsa ini dengan headline "Tragedi Malam Valentine".