Monday, December 13, 2010

PADA SETIAP KESETIAAN ADA KECURANGAN

Sebelum dapat memang ingat bagus sangat, tapi setelah betul-betul menjadi hak milik baru sedar kekurangannya. Ini selalu tidak disedari oleh pasangan-pasangan bercinta. Sewaktu bercinta langsung tak nampak cacat celanya tapi setelah betul-betul hidup sebumbung, mak datuk, banyaknya masalah…..

Dulu sewaktu dipelihara ibu ayah tak pernah kena tempeleng, sekarang sejak berkahwin asyik makan sepak terajang. Yang hairan cukup masa anak masih bertambah juga.

Bukan tak boleh menaruh harapan setinggi gunung, tapi berpada supaya tidak gila Masalahnya anda terlalu mencintai, terlalu menyayangi, terlalu mengasihi, akibatnya anda tidak akan percaya dengan semua kecacatan yang ada. Bukan tidak ada orang sampaikan itu ini, begitu begini, tapi anda tidak mahu percaya. Kadang-kadang tegahan daripada ibu ayah sendiri tidak diendahkan malah mereka ditempelak. Ah, bukan emak yang nak kahwin!

Kenapa biarkan luka ini semakin dalam? Kenapa biarkan rindu ini menjadi parah? Kenapa biarkan air mata ini kian berderai? Kenapa biarkan kesepian ini begitu mencengkam? Kerana aku tak pernah berhenti merindu pada keindahan yang pernah tercipta antara kita.

Berpadalah dalam menyayangi, mencintai dan mengasihi sewaktu di alam percintaan kerana terlalu menyayangi, mencintai dan mengasihi akan menyebabkan anda sanggup berkorban. Pengorbanan tak bertempat selalunya membawa padah. 

Pada setiap keindahan, sedarlah ada keburukan. Pada setiap kesetiaan awaslah pada kecurangan. Pada setiap janji percayalah ada kalanya akan dimungkiri.

Cinta menjadikan manusia BUTA, tidak dapat menilai hakikat sebenar. Maka, elok lah tatkala bercinta seseorang dijadikan tempat bertanya. ALLAH swt sentiasa di atas, Nabi sentiasa diingati, ibu ayah tak pernah dilupakan, menebat diri dengan ilmu pengetahuan dan mencintai diri sendiri diutamakan. Jika lima elemen ini berada di puncak, apa jua masalah yang muncul dalam bait-bait cinta dengan mudah dapat diatasi. Tidak mungkin bunuh diri kalau ALLAH swt masih ada, tidak mungkin dikorbankan kalau ingat Nabi, tidak mungkin derhaka kalau ingat ibu ayah, tak mungkin kecundang kalau berilmu dan tidak mungkin pipih dihimpit permasalahan cinta kalau sayangkan diri sendiri.

Ingat lah!!!…..Jiwa-jiwa yang gelisah akan panik menghadapi kesusahan, manakala jiwa-jiwa yang senyum akan mengatasi kesusahan dengan mudah ¦fikir-fikirkan lah...


No comments:

Post a Comment