Thursday, May 17, 2012

:: Cemburu Positif ::



:: Cemburu Positif ::

Amir cemburu melihat lampu rumah teman sekelasnya, Umar sering menyala seawal jam empat pagi. Mesti sahabatnya itu sedang menelaah dan mengulang kaji, fikir Amir.
Oleh sebab itu, Amir mengambil keputusan untuk belajar bersungguh-sungguh kerana ingin bersaing dengan Umar. Kini Amir mula tidur berbantalkan tin susu sederhana besarnya. Jika tin susu itu bergolek, pasti dia akan terjaga dan bingkas bangun untuk mengulang kaji. Begitulah rutinnya setiap malam.
Keputusan peperiksaan baru saja diumumkan. Amir dinobatkan sebagai pelajar cemerlang. Namun pada masa yang sama, Amir terkejut keranag keputusan Umar tidak bagus sepertinya. Malah tiada satu gred A pun yang di peroleh.
"Engkau belajar hingga awal pagi,mengapa tiada satu mata pelajaran pun kau dapat A?" tanya Amir jujur inginkan kepastian.
"Bila pula aku bangun awal pagi baca buku? Kalau aku rajin begitu, Alhamdulillah. Tapi, masalah nya aku ni pemalas." Jawab Umar selamba.
"Habis tu aku lihat setiap hari jam empat pagi rumah kau dah terang. Bukan ke kau bangun study?"
"Ouhh.. tu mak aku la. Dia bangun awal untuk masak nasi lemak untuk di jual." Jelas Umar.

#PENGAJARAN! cemburu yang terurus dan kena pada tempatnya akan membawa kebaikan. Malah cemburu kategori inilah yang membuahkan kejayaan di luar sangkaan.. :)




No comments:

Post a Comment