Wednesday, December 15, 2010

RinDu iTu InDAh

*this isn't the latest post, but repost..suddenly i think about this..


"Ya Allah wujudkan lah rindu aku kpd dia berlandaskan rindunya aku kepada mu, rindunya aku kepada syurga mu, rindunya aku untuk sujud kpd mu, dan rindunya aku syahid dijalanmu. kurniakanlah aku rindu hanya kepada hambamu yang rindukan mu"


rindu itu indah.. jika rindu itu menyakitkan, dan
rindu itu menyiksakan
tanpa sebarang kebaikan..

Allah tidak akan mewujudkan perasaan itu kepada
hambanya.. ternyata rindu itu sesuatu yang indah..

rindu akan jadi menyakitkan apabila kita salah menafsirya, salah gunakanya
bukan ubat sahaja ada salah guna.. rindu juga selalu disalah guna

org kata bila rindu.. mandi tak basah, makan tak kenyang, tido tak lena

itu salah namanya.. mana nya kau tak seksa bila rindu, kalau kau rindu
sampai lupa ibadah, lupa berdoa, lupakan Allah..

kan indah jika kita rindukan seseorang lalu kita tadahkan tangan
lantas memanjatkan kesyukuran kerana dikurniakan perasaan indah itu

lalu kita berdoa agar rindu kita itu tdk terpesong  dari
landasan rindu yg sebenar..

rindu akan sangat menyeksakan dan memedihkan jika kita salah guna,
salah tafsir, kenapa Allah wujudkan rindu itu sendiri..

ingatlah bahawa..


HUBUNGAN SESAMA MANUSIA AKAN BERMASALAH
JIKA HUBUNGAN KITA DGN ALLAH BERMASALAH


jika kita berindu-rinduan lantas melupakan kewajipan kita atas muka bumi
ini, kewajipan yg Allah telah berikan kepada kita, nescaya kita akan
rasa derita dan seksanya rindu itu..

untuk muhasabah diri.. kita rindu seseorang itu hampir 24 jam
tapi persoalanya.. berapa lama kita peruntukan masa sehari untuk merindui
Rasulullah? itu kekasih Allah tu.. insan yg sepatutnya kita rindu
lebih dari kekasih kita sendiri.. baginda yg akan berikan
syafaat
kepada kita diakhirat kelak..

jika kita kata kita rindukan Rasulullah.. tapi.. berapa banyak pula
kita berselawat keatasnya dalam sehari? sekarang compare..
berapa byk korg mengucapkan atau menghantar kata2 indah
tanda rindunya korg pada kekasih hati korg?

tepuk dada tanya iman... semoga selepas ini.. semua manusia
akan merindui sesama manusia dengan cara yg betul.. agar kita
tdk tersasar dari rindu yg hakiki.. '-'


notapakaki: rindu itu indah kan? tenang, seronok dan buat kita tersenyum

psst:: rindu pada seseorang tak perlukan bukti utk menunjukkan kita mengingati org tu, cukuplah sekadar iringan doa agar org itu terus barada dlm keadaan baik2 sahaja dan dilindungi Allah

psst:: rindu juga tdk semestinya perlu dibalas.. Allah tak nyatakan pon rindu itu bersyarat..yakni, tdk lah ade syarat jika aku rindu kau, kau juga perlu rindu aku, itu keputusan yg aku buat untuk rindu kau, so aku tak berhak nk harap kau rindu aku juga (^_*)(*_^)



No comments:

Post a Comment