Wednesday, December 15, 2010

Sayang?? Ada CaraNya..

apa yang perlu disampaikan dengan cara yg betul?
perasaan terhadap seseorag...tidak kiralah
samada sayang, suka,benci, marah dan sebgainya
penting untuk kita sampaikan dengan cara yg betul
so that kita tidak lah melakukan sesuatu yang akan
membawa kesan buruk dihari kelak..
tapi harus diingatkan..apa2 juga yang kita buat haruslah
berpada2 agar kita tidak tersalah langkah..
perasaan sayang..
bagaimana nak sampaikan rasa sayang..?

pada Allah...

sayang pada Allah..semestinya melakukan apa yang disuruh
dan meninggalkan larangannya...
menambahkan amalan2 seharian agar kita lebih dekat
dengannya...insyaAllah kita akan hidup sejahtera



pada Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w..

berselawatlah keatasnya.. sayang kepada Rasululah haruslah
mengingati baginda dengan cara berselawat..selain kita mendapat
pahala..kita juga akan mendapat syafaat baginda diakhirat kelak
insyaAllah..



pada keluarga terutamanya ibu bapa..

mereka tdk mengharapkan kemewahan yg menggunung tinggi
apa yg penting, kita membesar dengan menjadi orang yang berguna
supaya mereka rasa bangga berjaya mendidik kita
ingatan itu
lebih besar maknanya daripada emas segunung..
harta tidak dpt membeli kasih sayang yang mereka perlukan




pada rakan2..

sayang pada rakan2.. bukanlah dengan membeli hadiah yang mahal2
pada hari lahirnya..bukanlah dengan mengikut sahaja semua
kehendak dan permintaan mereka..
sayang pada rakan2 kita perlu lah saling ingat mengingati

saling menasihati satu sama lain.. agar sama2 berjaya di dunia
dan di akhirat kelak..
                                                         




sayang pada pasangan hidup...

binalah perhubungan yang mesra dan baik..supaya sentiasa diredhai
dan dirahmati oleh Allah... ini penting.. jika kita benar2 sayangkanya
kita haruslah pastikan kita bersama2 mewujudkan perhubungan
yg berlandaskan hukum hakam dalam Islam yang sebenar..
barulah kita dikatakan sayang padanya.. kerana dengan cara itu..
insyaAllah kita dapat bersama2 dengannya bukan sahaja di dunia
malah di syurga kelak.. amin..




sayang pada teman (belum menjadi pasangan hidup yg sah)..

atau lebih mudahnya..kekasih.. tak salah sbb perasaan sayang tu kan
indah..Allah kurniakan pada setiap orang.. terpulang pada kita bagaimana
kita menunjukkan dan membuktikan sayang kita pada nya
dengan cara yang betul atau terpesong..

tunjukkan sayang padanya denggn cara sentiasa mendoakannya..
menasihatinya..saling ingat mengingati agar perhubungan berkekalan
dan diredhai oleh Allah..dan dijauhkan dari segala mala petaka


apa yg penting.. sampaikan perasaan sayang kita yg paling berkesan
adalah dengan cara mendoakan kesejahteraan mereka...dan igatan
tulus ikhlas dari kita kepada mereka.. agar mereka rasa dihargai
disayangi dan diingati...('-')

nota  kaki: sayang itu indah,kerana Allah sukakan sesuatu yang indah lantas Dia kurniakan perasaan itu pada hambanya... jadi.. nikmati keindahan itu dengan cara yang benar... agar nikmat kasih sayang itu tidak ditarik semula daripada kita..

Buat Yang Di Sayangi:: Ya Allah kau lindungilah dia,yang aku sayang agar sentiasa berada didalam keadaan baik2 sahaja dan dipermudahkan urusan agar dia dapat menuntut ilmu Mu dengan mudah dan agar dia dapat beribadah kepada Mu dengan penuh khusyuk dan tawaduk..amin..(*_^)(*_^)




No comments:

Post a Comment