Saturday, December 11, 2010

Keajaiban Cinta

Cuba bayangkan jika di suatu hari nanti
Tak ada yang boleh mengisi ruang hati
Hidup kan terasa sepi tanpa ada yang dicintai
Namun apabila sudah ada yang dicintai
Jangan engkau lupa pada cinta hakiki
Cinta kan bermakna bila didasari
Redha Ilahi

Semua insan di dunia pasti kan mendambakan
Cinta yang tulus suci dari hati
Selalu mengasihi dan juga dikasihi
Walau dalam suka ataupun duka
Asalkan boleh bersama slamanya

Dengan cinta kan boleh kenal pada pencipta
juga pada Rasulnya dan saudara
Jangan serahkan cinta hanya pada manusia
kerana itu kan penuh kepalsuan dan menjadikan sebuah penyesalan

Cintailah Allah dan Rasulnya juga ibubapa
Barulah kita cintakan sesama
Itulah tanda insan yang bertaqwa

No comments:

Post a Comment