Saturday, December 11, 2010

Mawar..(Untuk Mu WanitaKu…)....

Kasihanilah orang-orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia.  Berilah orang orang yang memerlukan pertolongan, nescaya akan merasa puas.  Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menunggumu.

Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya.  Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Jangan anda mengira dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.

Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan bila dilempar batu, ia membalas dengan buah kurmanya.

Pernah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan masa lalu, dan sesunguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan.  Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?

Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan. insyaAllah.

Padamkan api kedengkian dan prasangka di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.

Mandi, berwudhu’, memakai wewangian pemakanan dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.


Berbahagialah jika dalam hidupmu (walau hanya sekali…) jika ada insan yang menyayangimu dan menyintaimu  dengan sepenuh hatinya…Diammu berfikir dan senyummu memberikan segala ketenangan….Apa yang berlalu biarlah berlalu…cita-cita adalah harapan yang belum pasti…tetapi usaha, doa dan tawakkal dan bagimu hanyalah saat yang  sedang dijalani dan teruji…


No comments:

Post a Comment